Saturday, 27 March 2010

Promo free

Jadi model dalam promotion Abg Dan :) Click sini

Friday, 26 March 2010

Suatu ketika pada waktu lunch

Di depan kaunter makanan segera,

A dan B sedang memilih menu
C di belakang A dan B

A: Nak beli ape ni
B: Snack Plate pun ok
A: Eh beli yang tu dapat jam
B: Ok jugak tu.
A: X-Meal dapat cawan Clash of the Titans. Lawa ke cawan dia eh
B: Entahlar. Dik, nak tengok cawan n jam tu boleh tak.
A: Oh, kecik je jam ni.
B: Ok nak order bla, bla, bla...

C: OMG (Bengang tahap dewa-dewi)

Tadi beratur punye lama, tak boleh nak pilih. Mesti nak kene berada depan mesin cashier tu jugak ke baru nak buat keputusan. Nama pun restoran makanan segera. Tolongla buat keputusan segera. Kalau nak tergedik2 pilih menu, pergi la ke restoran yang bagi buku menu, bila dah puas buat kajian seluruh menu, baru panggil waiter..

Sampai giliran C

C: Bagi saya 2 Jom Jimat set A, air tiada ais, 7'up revive, ayam bahagian dada, 1 spicy 1 OR. Itu saje terima kasih.
Mamat di kaunter dengar dengan penuh khusyuk. Lepas tu mula punch.
Mamat: 1 set Jom Jimat
C: Tak 2
Mamat: Ayam OR ye?
C: Tak, 1 OR 1 spicy
Mamat: Air coke?
C: Tak, 7'up revive tanpa ais
Mamat: Ayam kepak
C: Tak bahagian dada.

C kembang kempis dada menahan marah.

Hasilnya: 35minit di depan kaunter, baru dapat makanan walaupun masa mula2 beratur, cuma ada 3 orang di depan C.

Lagi satu, di restoran tersebut, "Card Credit Canot To Use"

Nak cakap macam mane eh..

Sebagai seorang yang environmentalist kadar sederhana, saya cukup pantang bila ada manusia2 menggosok gigi atau mencuci muka sambil membiarkan air paip menderu laju keluar.

Hari tu saya pernah tegur secara gelak2 kepada orang yang saya tak kenal, "Ey, tutup air tu, membazir"

Hari ni, tak pasti sama ada orang yang sama, dia boleh gosok gigi, dibiar air terpasang, sambil tu boleh pergi amik tisu la pulak. Masa dia nak amik tisu tu, saya pergi ke sinki dia dan tutup paip. Harap dia faham..

Puas hati...

Saya benci, menyampah, meluat dengan orang begini.

Saya rase, semua tempat kene gune paip yang kene tekan tu baru keluar air seperti ini..
Sementara nak gosok gigi, cuci muka, bersolek, amik tisu, air akan tertutup sendiri.. Mungkin mahal tapi boleh mengelakkan pembaziran air..

~Memerlukan cadangan aktiviti semasa Earth Hour malam esok

Tuesday, 23 March 2010

Tingkat 4, Unit 1

Tu separuh dari alamat rumah saya :)


*****

Beli roti nan 4 keping, ayam tandoori seketul: harga RM10.50 dan makan untuk 2 kali makan malam. Jimat tak? Sang isteri nak berdiet, sang suami memang sejak azali tong perutnya kecil, hasilnya, boleh menabung dengan lebih banyak dalam tabung smiley.

Tapi takla hari2 makan roti nan. Kes berlaku bila sang isteri malas2 kucing nak masak lepas penat bekerja.

Dulu mase tinggal di rumah ibubapa, kalau masak, taklah masak untuk 2 orang sebab ade ahli keluarga yang lain. Sekarang, masih mengalami masalah untuk meng'adjust supaya masak untuk 2 orang tetapi tidak berlaku pembaziran.

Tapi biasalah, lauk berlebihan masuk dalam freezer, 2 minggu lagi, letak dalam mangkuk, bukak pintu microwave, letak ke 2minit, TING! "Sayang, jom makan malam!"


******

Membasuh baju.

Si isteri membasuh baju secara tradisional sejak 3minggu lalu. Sebelum ni, tiap Jumaat malam Sabtu mengangkut luggage seperti mahu pergi cuti-cuti Malaysia selama seminggu tetapi bezanya beg diisi baju busuk. Ditambah dengan laptop, beg badminton suami, botol kosong 5L x2botol nak import air tapis dari rumah. Terserempak dengan Razak (bukan nama sebenar) atau Halim (juga bukan nama sebenar) atau sesiapa yang tinggal di Blok E di dalam lift mesti kelihatan pelik bila kami katakan akan pulang ke kampung di KL bila ditanya mau ke mana.

Berbalik ke membasuh baju secara tradisional dengan berus comel kaler pink.
Baik untuk kesihatan terutama perut sebab perlu membongkok semasa hendak memberus.

Aduhai, ampaian jemurnya comel betul. Ada 5 tali bersaiz 1M panjang setiap satu. Jemur sepasang baju suami, sepasang baju kurung isteri, t-shirt dan seluar badminton suami, tudung, serta anak-anak lain, dah penuh ampaian. Bayangkanlah kalau ade 4 orang anak2 nakal yang suke tukar baju setiap 2jam. Apartment kami takda balcony. Padanlar ade orang letak rak jemur kain di tangga apartment dan jemuran baju2 berserta anak2 pelbagai warna di tingkap.

Hmmm

Friday, 19 March 2010

Life is like a box of chocolates...

...you never know what you're gonna get.


Browsing through my old posts when I came across this one.


Even if I'm not a PTD, maybe I'll end-up with one as my husband..

Alhamdulillah I'm now a PTD and I'm married to one :)


Then this one.


......and this chatty guy at the back row whom couldnt stop talking. Nasib muka jambu)

That's Rio. Hahahaha


Then this one.


....And I saw this very tall guy among the 12, he looked very panic and almost down to tears

That's Joe.


Rio is my friend whom came all the way to Selayang to belanje me makan a day before my birthday after Unggul and Joe is my dear husband (we started dating after Unggul).

Life's indeed like a movie, errr, sometimes :)

Punch-in, punch-out

Work is no fun anymore. For the past 3 years, I learned that people can be so evil, as evil as sending a hate letter or surat layang while they talked sweetly in front of us. I hate this type of people. I'm the type who speaks less or none to those I don't like. At least I'm not a hypocrite.

Work had been a bit hectic this month. Went to Hospital Serdang, Kolej Sains Kesihatan Sungai Buloh and Hospital Sungai Buloh on week 1 and week 2 of March to check on the Hospital Support Service.

Checking on the existence of the assets maintained with KEWPA Cards

And I concluded that any Turnkey Project on hospital sucks big time. I don't know about schools, but the hospitals turn out so bad. And I hate JKayArr even more after the visits. Those main contractors should be banned for any future G's project.

******

My department organized a simple Family Day at Presint 9 on March 6th. It was raining the whole morning but the event turned out alright.

Joe berpoco-poco atas pentas pakai selipar jepun.

Penjaga Kaunter Pendaftaran

Oh well, some of the staff "took" extra doorgifts that we kept inside the boxes to be given to those who were absent on that day, "quietly". People can be so greedy when it comes to free things, don't u think? But when it comes to cleaning up, they just took their stuff and left. Urghh..

Then came the wedding of the SIL on the 13 and 14th. Very unlucky for her, she took my wedding planner and it turned out worst than what I experience. This wedding planner should be banned from the wedding world. Another greedy fellow.

Bahagia dapat makan kek

And Wednesday, I took leave and followed my dearest husband to the Parliament. This may be the 8th or 9th time I stepped foot into Parliament building and the second time we dated here :)

Fortunately for us, the Parliament session on that day turned out so thrilling. But I still managed to doze off a few minutes.

We sat at the back of the opposition seats instead of the one for Officers on Duty. The seats there had lesser people so we can talk and went in and out freely. The sons of Bayan Baru MP sat 2 rows in front of us.

I noticed that the MPs no longer said "dengan izin" when they said words in English. And I just couldn't understand what Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) got to do with Bayan Baru MP's confession on why he left PKR. It's just a waste of time.

Since Parliament is just a few blocks from Sogo and Pertama, we went there before headed home to Putrajaya. Joe wanted to buy a new housing for his phone. Surprisingly, the cost to change his SE handphone's housing is RM95 and it is not even an original one. The housing costs RM60 and the rest is the labour cost. Crazeee..

I was looking for Tommy True Star perfume at Sogo but Sogo doesn't have it. This is the 3rd Tommy counter I went saying they dont have True Star. Does anyone know why? (Any suggestion on perfume(s) that's similar to True Star?)

However, we bought pillows instead. Comfy pillow that costs half the price I saw at Jusco. Cannon's queen size bedsheet are selling at RM120 for 2. *drool* Original prize RM200 for one piece. Sooooo tempting and I sounded like a makcik right now.

Sogo's sale will be on until 11th April. Go shop at Sogo..

Friday, 5 March 2010

I like more than money

Being healthy..

I hate migraines, runny nose, coughing, bloated stomach, knee pain or even pimples.

2 years ago, when I was Ms.Yaya, I don't mind getting sick. Staying with Ma, means, when I'm down with illnesses, Ma will take care of me. She took me to the clinic, cooked chicken soup and I can rest on the bed without having to worry of anything else.

And now I'm a wife.

I noticed I get sick quite frequently ever since. Is it the weather? the work stress? Or did I eat too much outside's food? heh

Joe is a great husband. He takes really good care of me when I'm sick and yet I felt very incompetent when I'm not feeling well.

I coughed so badly last night. I ate my dinner at 9 and at 2 in the morning, I threw out everything. Then I kept on coughing and my chest hurt so bad. I cant sleep and now I'm extremely sleepy.

Ma said, Allah gives you sickness or in any sort of life challenges in order to cleanse your sins. And He loves you by doing so because He wants you to remember Him always.

True. I believe in that...

Tuesday, 2 March 2010

Saya dah cuba

Siapa pernah dengar petua, untuk mudah seterika baju batik, letak dalam freezer semalaman, esok boleh seterika dengan mudah?

Saya dah cuba dan petua ini tidak berjaya.

Petua ini perlu lebih detail seperti cara pencucian baju batik tersebut.

Seperti saya yang hanya masukkan baju batik dalam net dan terus masuk dalam mesin basuh.

Hasil baju batik yang telah melalui tempoh spin, pastilah berkedut2.

Bila dah seterika tu, memang takda rupa macam pernah diseterika. Berkedut berjuta.

Mungkin tempoh spin terlalu lama? Atau penggunaan pelembut sedikit?

Maka saya pun berbalik kepada cara tradisional iaitu basuh tangan, guna baldi dan berus. Setelah direndam dalam air dicampur pelembut, jangan perah dan jemur di bawah redup.

Hasilnya, mengancam sekali.

Tiada kedut berjuta.

Nak seterika pun mudah, mengikut kata

Jadi, jangan malas, sila basuh baju batik anda cara tradisional. Bermulalah dengan membeli berus dan baldi sekarang.

Monday, 1 March 2010

Kecil tapi bermakna

Saya merupakan seorang yang mudah berasa gembira. Tak perlu memberi cincin berlian baru boleh membuat saya gembira. (Tapi kalau dapat cincin berlian memang membuat mana-mana perempuan bagai terbang di udara ;)

Saya suka handbag besar. Sebesar handbag yang boleh membawa masuk secara haram 2 burger dan 2 air ke dalam wayang.

Tetapi saya selalu lupa letak handphone kecil saya itu di poket bag. Akibatnya, bila handphone berbunyi, usaha untuk mencapai telefon sebelum talian terputus selalu gagal

Maka Joe telah membeli saya ini:


Patung comel yang berwarna kuning. (Nama dia Momo sebab lipstick dia seakan coMOt gitu.) Letak dalam beg besar mana pun, memang mudah untuk cari handphone saya sekarang.

Beberapa hari yang lepas, mengomel tentang beg handphone saya yang dah koyak. Dan semalam, Momo sudah terikat pada beg handphone yang baru.

Saya memang tak suka iron baju, tapi setiap pagi, selepas buat breakfast, pasti baju ke pejabat sudah siap tergantung.

Setiap pagi, kalau saya terlupa, secawan susu sudah siap tersedia sebelum pergi kerja, suam, tiada gula.

Ikan, saya suke makan tapi tak suka pergi beli dan membersihkannya. Joe jugalah yang berhimpit2 membeli ikan dan pulang ke rumah membersihkannya.

Saya juga tidak dibenarkan mengangkat barang berat atau menolak troli bila keluar membeli barang dapur.

Bila saya sedang memasak di dapur, sekiranya Joe tiada di dapur membantu, dia pasti sedang membuat kerja rumah yang lain.

Bila berjalan, saya sentiasa berada di belah dalam khuatir saya dilanggar kereta.

Setiap kali selepas makan, pasti dapat pelukan dan ucapan terima kasih.

Bila saya batuk di waktu malam, Joe akan membawa air suam tanpa disuruh.

Bila saya sakit kepala, Joe akan urut sampai saya tertidur.

Bila saya diam, Joe mesti tanya kenapa.

Cukuplar sekadar cakap, "Abg, dah nak hujan", Joe akan terus ke ampaian mengangkat pakaian.

Dan banyak lagi.....

Perkara-perkara ini semua nampak kecil, nampak remeh tapi bagi saya ianya sangat bermakna. Lebih bermakna daripada mendapat hadiah mahal atau belanja makan di tempat eksklusif.

Ya Allah, Kau telah kurniakan aku lelaki yang hampir sempurna di pandangan mataku. Kau kekalkanlah dia sepertimana sekarang dan semoga jodoh kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Ameeen.

Saya suka

Saya suka ini.

Sekian, terima kasih.

Sunday, 28 February 2010

Jangan jadi pengguna yang tidak pandai

Saya tak suka jadi pengguna yang b*d*h. Pengguna yang dibiarkan dirinya ditipu atau diperlekeh oleh peniaga.

Sejak mula menjadi warga Putrajaya, semakin keraplah membeli makanan2 di sini. Lokasi, Presint 16 dan Taman Warisan.

Pengalaman saya di:

Taman Warisan.

Roti John.
Sampai di Taman Warisan, saya order Roti John. Lepas tu, pergi ke tempat orang jual nasi goreng kampung. Entah kenapa malam tu ramai betul orang. Tunggulah nasi goreng kampung Abg Joe masak sehingga hampir 15-20 minit. Dan bila dah siap, kembali ke tempat Roti John, orang yang sama boleh tanya saya kembali, "Nak order ape kak?"

Baru 15 minit dik takkan dah luper. Takkan dalam masa 15minit ada 1000 pelanggan sampai tak ingat order. Dan dah 15 min, takkan tak siap2 ordernya. Abg Joe pun cakap lah, tadi dah order Roti John ayam. Baru lah nak buat, tak pula nak minta maaf bila dah buat salah tu. Then saya sambung, "dari tadi takkan tak siap2 lagi." *bengang*

Ini bukan kali pertama berlaku.

Makanan tak sedap, servis teruk, saya boikot tempat ini.

Bagi saya Roti John di tempat ini adalah over-rated. Saya tak tahu apa yang orang kata sedap sangat tentang Roti John ni. Intinya ada telur dadar yang dicampur cebisan ulang suara CEBISAN daging atau ayam yang sekadar lekat kat celah gigi je, ada mayonis, kobis dan sos cili, Harga RM3.70.

Roti John di tempat lain, intinya memang ada ayam/daging berketul2, rotinya belah dalam disalut telur. Sos melimpah, harga RM3.50 -RM4.

Agaknya roti john di Taman Warisan ni sebab takde pesaing, mereka perlekehkan servis dan produk. Saya tak suka!

Nasi ayam
Ada 2 tempat jual nasi ayam, 1 nasi ayam kampung yang berharga RM5.50. Yang ni sedap, no doubt tengok harga la kan. Lagi yang belah dalam, murah sikit, bersekali dengan orang jual nasi briyani. Urgh, 1st time saya datang situ, ada anak2 lipas. Yucks! Saya boikot tempat ini.

Tempat jual makanan goreng eg: Nasi goreng etc.
Rasenya dah 2-3kali dah order nasi goreng kampung + telur dadar TAKNAK BAWANG. Sebab Abg Joe pantang makan bawang untuk mengelak bau badan (Serius berkesan sebab Abg Joe langsung tak busuk walaupun balik dari main badminton yang berpeluh2 sakan). Dan 2-3kali tu jugaklah penggoreng ini letak bawang dalam telur dadar.

Lebihbaik tak perlu tulis la kat kertas tu, kome buat salah jugak.

Kalau keadaan tak mendesak, saya boikot tempat ini.

Burger
Sama kes macam roti john. Datang order kat A yang sedang goreng burger then saya pergi order makanan lain. Bila datang balik, B tengah goreng burger, tanya saya nak order apa. Bila saya cakap tadi dah order sekian, sekian, B boleh menjawab, "tadi orang lain yang goreng kak."
"Dah tu, korang tak kerje tempat yang sama ke?", B kelu tidak berbahasa.

Burger banyak urat, servis teruk, saya boikot tempat ini.

Presint 16.

Nasi ayam
Jangan beli pada waktu petang. Timun dan tomato die dah busuk. Ayam juga terasa stail stale. Nasi dah sipi2 nak basi. Dah 3 kali berlaku menda yang sama. Saya boikot tempat ini pada waktu petang. Petang je lar, sebab nasi ayam sedap lagi pada waktu lunch :)

***

Orang selalu mengadu tempat makan ni mahal, tempat makan tu mahal, teruk, kotor, ada lipas bla, bla, bla tapi mereka masih setia makan di tempat yang sama setiap hari. Sebab kamu semua masih setia makan di situ, pakcik/makcik tu pun tak kisah lar nak turunkan harga atau perbaiki servis/kualiti sebab pelanggan masih ada.

Jadilah pengguna yang bijak. Kalau tempat tu tak senonoh, makanan mahal, servis teruk, tak perlu la jejak kaki lagi di situ. Dan janganlah biar diri anda diperlekeh oleh peniaga. Takda anda, takda lah mereka.

Kita tak minta layanan seperti raja tapi cukup lah sekadar saling hormat-menghormati dan menepati apa yang sepatutnya anda berhak terima sebagai pelanggan.

Paling tak suka peniaga yang bagi makanan basi atau servis yang teruk/rude.

Dah 2 tahun boikot makan breakfast di Cafe E7.

Saturday, 27 February 2010

Masa zaman dulu-dulu

Takut saya tengok dengan perkembangan remaja zaman sekarang. Dengan pakaian yang entah ape2, percakapan yang kedengaran macam ala2 poyo, gadget canggih yang mereka ada mengalahkan saya yang dah bekerja 3 tahun ini dan makan di tempat2 mahal.

Mewahnye mereka ini, saya terdetik...

Masa zaman dulu-dulu, zaman saya seorang remaja sekolah menengah yang tidaklah terlalu memberontak, saya pernah tanya mak saya, "Kenapa duit belanja Yaya RM1 je sehari (sehingga Form 5) walaupun rumah kita rumah batu. Rumah kawan Yaya rumah papan je tapi duit belanja diorang RM50 seminggu"

Mak pun jawab sebab saya diberi makan yang cukup sebelum dan selepas sekolah kerana ada mak yang tidak bekerja. Parents kawan-kawan saya tu sibuk, tak dapat prepare makanan breakfast n lunch.

Jawapan tersebut sudah tentulah tak memberi kepuasan kepada diri ini.

Lagi tensen bila mereka boleh keluar bersuka ria sejauh Lot 10 dan saya hanya boleh keluar setakat Selayang Mall. Selain tidak diberi kebenaran untuk keluar sendiri sehingga Form 5 kecuali untuk pergi tuisyen Kasturi, saya juga tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bersuka ria seperti menonton wayang. Duit raya semua wajib masuk bank. Tambahan pula, saya berasa malu sebab pakaian saya tidak berjenama dibandingkan dengan kawan-kawan lain.

Di zaman Matrikulasi, saya ditempatkan di kolej yang majoriti daripada student KL di situ adalah anak orang kaya-kaya. Budak sekolah S*bang, Sri A**n, As**nta etc, etc. Mereka kaya, mereka cantik maka mereka glamer.

Di loker saya ada mee segera berharga RM1.99, di loker mereka ada instant macaroni and cheese, di loker saya ada biskut hup seng gula, di loker mereka ada Or*o. Saya berjalan kaki pergi dan balik dari asrama ke kelas dari awal semester hingga tamat matrix, mereka mula menaiki kereta mereka sendiri di penghujung matrix.

Saya hidup dengan duit belanja tajaan KPM bernilai RM1000 setahun, manalah saya mampu untuk bermewah2. Masa itu, mak saya sedang mengajar saya supaya hidup dengan duit sendiri. Dan saya survived tanpa perlu menjadi kupu-kupu malam untuk membeli barangan berjenama semata untuk mengejar keglameran.

Remaja.. Semuanya dipandang dari segi material. Termasuklah saya suatu ketika dulu.

***

Masa zaman dulu-dulu, zaman saya seorang remaja yang tidaklah terlalu memberontak, saya segan dengan kawan-kawan saya yang cantik. Sebab: mereka ini ramai peminat dan amazingly mereka ini sangat berkeyakinan.

Dan saya hanyalah budak perempuan mata sepet bertudung yang nerd serta saya tidak pandai bersukan kecuali chess (sangat geeky). 1 point down.

Ditambah pula takde baju cun bila ada aktiviti hari Sabtu di sekolah. Dan saya ingat lagi, kawan2 saya ketika itu hampir semuanya pakai kasut sukan N*w Ballance. Oh, saya sungguh cemburu!

Hidup saya hanya lah sekitar pergi sekolah, balik sekolah, buat kerja sekolah, jaga Bro Wan, menonton televisyen dan mendengar lagu Silverchair serta meminati David Beckham sebab dia handsome. Sungguh pathetic.

Oh lupa, saya ada boifren yang hensem di kala itu. Semata sebab sumorang ada boifren/gefren. Tapi sebab kami tak sama wavelength, kami tak banyak persamaan untuk berborak, tak boleh pergi ngedate sebab mak saya garang maka kami hanya sekadar menumpang kepopularitian masing2.

Dia terkenal sebab hensem dan pandai bersukan, saya adalah EXCO pengawas dan juga pelajar terbaik akademik. Cikgu2 pun pelik kami berpacaran.

Saya rasa tak best pada ketika itu, tidak sabar untuk keluar dari dunia remaja.

***

Selepas matrix, saya mahu sangat2 menjadi seorang Pharmacist. Walaupun pointer boleh dikatakan cemerlang (echeh) tapi masih tidak layak. Memasuki IPTS is totally out of the question sebab tuition fees sangat mahal.

Kawan2 saya yang kaya, walaupun CGPA tak sampai 3.0, yang hanya ditawarkan course Perhutanan atau Perkayuan di IPTA masih mampu pergi ke luar negara semata untuk mengejar cita-cita menjadi seorang doktor sebab mereka ada ibu bapa yang kaya. Ada yang dapat biasiswa kerajaan walaupun rumah ada swimming pool besar. (Yang ni saya pelik la kan)

Jeles saya melihat gambar2 mereka melancong di sana sini di samping mengejar cita2 glamer menjadi seorang doktor.

Lepas tu bila balik Malaysia, kena buat servis wajib 5 tahun, mula merengek. Baru jadi Houseman 2 bulan, sudah mula letak status di FB, "Kenapa orang lain ada life dan aku takde life" or lagi satu "Saya mula benci dengan kehidupan saya yang kena bekerja di hari minggu".

Oh please lah! Saya rasa macam nak sepuk kepala diorang ni ah. Tak da siapa paksa kamu semua jadi doktor. Dan bukannya kamu tidak tahu kehidupan doktor tu macam mana (Perenggan di atas adalah selingan luahan rasa geram)

Kesimpulannya, zaman dulu-dulu, saya kurang sikit dengan orang kaya yang cantik, orang kaya (atau berlagak kaya) atau orang cantik (walaupun tidak kaya) sebab saya cemburu.

Semuanya kerana material dan glamer.

Alhamdulillah saya terselamat dari sebarang unsur negatif, dan berjaya menjadi seorang pegawai kerajaan. Walaupun gajinya tidak mewah, tapi saya cukup makan pakai. (dan saya ada kuasa, boleh marah syarikat konsesi sesuka hati serta cuti rehat 30 hari setahun. Selingan semata)

Saya bersyukur punya ibu bapa minda kelas pertama yang bijak mengalihkan pandangan kami daripada menuju ke arah dunia hedonisme dan material.

Sekarang, saya berada di tahap semua itu tidak penting. Dunia kejar-mengejar siapa pakai barang paling berjenama atau kereta paling mahal tak lagi saya hiraukan. Saya ada kerja yang hebat, suami yang paling best di dunia dan keluarga yang sporting.

Dan saya terus berdoa bila saya punya anak remaja nanti, saya takkan lupa bagaimana saya pernah rasa pada ketika itu dan berupaya mendidik mereka supaya mereka tidak tergoda dengan dunia material kerana dunia remaja mereka tentunya lebih mencabar daripada apa yang pernah saya lalui dulu. InshaAllah.

Tuesday, 23 February 2010

Wanita bukan pembuat keputusan yang baik?

Bimbang penguasaan wanita

KUALA LUMPUR 22 Feb. -
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk, Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, Cuepacs mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.

Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun terdapat lebih ramai guru wanita dalam perkhidmatan tersebut, peringkat pembuat keputusan dikuasai kaum lelaki.

Beliau berkata, prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Yim Pheng menyarankan agar kementerian berkenaan mengambil lebih ramai guru lelaki untuk bidang-bidang tertentu seperti sukan, pendidikan jasmani dan kokurikulum.

Nisbah yang ideal antara guru lelaki dan wanita kata Lok adalah 50:50. - Bernama

Taken from
Utusan Online

"...implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara."? Mohon ulas lanjut tentang implikasi yang bagaimanakah yang dimaksudkan.

p/s: Mase amik degree dulu pun lelaki cuma 1/4 daripada coursemate. Lelaki Melayu, cuma 3 orang!!

Wishlist

I dont wish for a BB phone, a diamond necklace or an expensive watch but I drool for these two things.



A KitchenAid mixer and a digital kitchen weighing scale.

I was introduced to these 2 things when I did my 10 week-industrial-practical-degree training at Puratos. Puratos is a Belgium based company producing premix for cakes, cookies and bread. Those bread and cakes u bought from C*rrefour, G*ant and T*esco are Puratos' produced.

During that 10 weeks, I did nothing but QC works which required some lab test and baking these mixes in order to make sure that the premixes work. So, I bake 7 to 8 batches of cakes and muffins every single day. Bringing home some and gave some to the production workers.

And I fell in love with these 2 things. Baking cakes, cookies or bread will be so much easier.

Need to save up more money. The mixer and the scale cost around RM1500. New budgeting plan :)

p/s: A hint for Joe ;)

Time

Give me 30hours a day, and you will still hear me complaining of not having enough time.

*sigh*

Oh, Happy 6 Months Anniversary. Not today, it was a few weeks ago. Cant believe I have been married for 6 months+++ already. And IF I were 6 months pregnant, 3 more months to go man.

Sis-In-Law is getting married next month. Means, I get to meet the extended family, means, get myself ready to answer, "Bila lagi?" or "Dah ada isi belum?". Oh hell yeah you know what I mean.

Last night's dream was weird, or was it a sign. I dreamed that I have a baby. A boy. A fat one. Damn, he has my fat genes. And that's all I can remember.

It's only been 6months++ and people kept asking the same ol'question. I guess, they couldnt think of anything else to ask. It's not that we've been married for 10 years!! I believe that Allah will give us that chance when the time is right for both of us.

Once in a while, I did think about it. I'm worried too because of the accident I had 2 years ago. My pelvis hit the divider. The A&E doctor ran the ultrasound test twice on the day of the accident. In case I had an internal bleeding. Alhamdulillah, everything was perfectly fine that time. So, I hope there's nothing wrong with me.

Currently enjoying my sweet time with Joe at our home. Freedom!

It has been 3 weeks, and I havent cook a single thing except instant noodle which I used the microwave oven.

We bought our 1st stove yesterday. Wee.. But no gas yet. Need to go to Gas Malaysia. We plan to use centralised gas. Tak perlu angkut tong gas naik tingkat 4.

I was invited to witness Sab's akad nikah ceremony on Saturday. It was held in a hall. Sab is a superb event manager. Everything went so well. And it's so cute when the family members were wearing name tags, "Bride's mother", "Bride's father", "Sister 1". I think it's a brilliant idea. Take note future brides out there.

Oh hey. That's me in blue tudung with my dear husband.

The beautiful bride.

Fresh rose petals

Malin, Sakinah, Amal, Sab, Yaya & Liyana. Matrixmates

*picture credits to Malin n Sakinah

Love the dress, love the stage, love the food, love the bride.. Congrats Sab!

Wednesday, 10 February 2010

Betul tak?

Kenapa orang selalu mengungkap "sadisnye" bila ada orang lain bercerita tentang perkara sedih.

Saya dah google, dan tiada perkataan sadis dalam bahasa Melayu yang membawa maksud sedih.

Sadis yang wujud hanyalah sadist yang membawa maksud mereka yang zalim, kejam dan melakukan aktiviti ganas terhadap hidupan lain (penerangan secara bahasa pasarnya lah).

Kalau sadis yang mereka selalu ungkapkan itu adalah bahasa slang untuk sedih, saya rasa macam kurang sesuai. Sebab maksudnya sadist itu begitu berlawanan dengan sedih.

Friday, 5 February 2010

What did you see?

Dulu masa saya di tingkatan 4 dan 5, saya amik kelas tuition di Kasturi KL. Setiap hari Sabtu dan Ahad, adalah hari paling benci sebab tak dapat tidur sampai jam 9 kerana perlu pergi tuition menaiki bas seawal jam 7 pagi. Saya masih ingat lagi, hari Sabtu ialah kelas tunggal Fizik dan Add Math dan Ahad ialah kelas tunggal Kimia.

Saya naik bas di depan Warta Lama di Selayang. Kat situ pagi2, mesti ade satu pakcik kurang siuman, rambut berserabai dan berbau hancing akan tidur kat kerusi tempat tunggu bas. (Sampai sekarang, saya agak trauma nak duduk di kerusi tempat tunggu bas).

Saya akui, hidup saya selalu dipengaruhi drama sebab terlalu banyak menonton televisyen. Maka fikiran saya juga kerap berdrama. Membuat assumption terhadap keadaan sekeliling.

Setiap kali melihat orang tidak siuman, saya pasti akan terfikir, bagaimanakah hidup dia sebelum dia jadi tak siuman? Adakah dia pernah berkahwin? Ada anak2 ke? Atau dulu dia pernah kaya-raya, economic downfall menyebabkan dia muflis lalu jadi tak siuman? dan bermacam2 lagi imaginasi saya.

Bas yang lalu depan Warta, nak ke CM adalah bas 94, 94A, 55D, 10D. Ada juga bas Metro yang ramai warga asing yang suka ushar pelik seakan melihat kita bogel. Tapi saya suka naik bas Metro sebab pemandu dia kurang ajar, suka bawa cilok2 dan saya cepat sampai ke kelas tuition.

Bas2 ini akan melalui Chow Kit. Kat sini, boleh nampak makcik2 tua tanpa teman menjinjing plastik2 berat berisi barang2 dapur menaiki bas. Dan berfikir lagi. Kenapa makcik ni sorang2 pergi pasar? Mana anak2 dia? Mana suaminya? Adakah makcik ini tinggal berseorangan? Atau anak2 nya telah mengabaikannya? Kalau benar makcik ini punya anak, kenapa dibiarkan makcik2 tua begini masih ke pasar berseorang membawa beg plastik berat? Dalam hati beristighfar moga saya takkan buat ibu bapa saya begini.

Setiap minggu saya akan melalui CM. Setiap minggu juga saya akan ke Petaling Street mencari CD baru atau ke Kotaraya meminjam novel di Novel City. Saya bersendirian. Saya tiada teman. Saya suke bersendirian tanpa teman.

Melalui Kotaraya mendengar pakcik cina tua bermain Erhu mendendangkan lagu2 sedih di bawah jejambat depan Kotaraya. Kadang2 saya berdiri berhampiran dan mendengar alunan Erhu. Apakah kisah pakcik ini agaknya. Bermain Erhu yang usang sepanjang hari. Saya tak pernah tanya. Mungkin juga pakcik ini tak pandai berbahasa Melayu, saya juga tidak tahu.

Bila ke shopping complex, melihat seorang lelaki bersama anak atau anak-anak tanpa isteri. Apa yang anda fikir? Saya akan terfikir, mungkin isterinya outstation dan bapa membawa anak2 makan di luar. Atau mungkin dia seorang bapa tunggal. Kalau melihat anak2nya berpakaian tidak betul seperti sebelah stokin pink dan sebelah stokin merah, ni lagi kes berat. Isteri outstation lama sampai suami dah tak terurus dengan perihal anak2 atau si suami sedang melalui proses penceraian.

Ada sekali saya hendak menonton wayang dan di kaunter ialah 2 orang kanak2 lelaki baya sekolah rendah. Yang abang agak besar, mungkin dalam darjah 6, berpakaian lusuh hanya berselipar jepun dan yang adik, mungkin berpakaian yang terbaik dia ada, siap berkasut dan berstokin mungkin berumur 6 - 7 tahun.

Waktu itu beberapa hari selepas Raya Eidulfitri. Bila hendak membayar duit tiket, si abang mengeluarkan duit kertas seringgit yang agak banyak, bergumpal2 macam amik dari tabung. Dikira satu persatu, ditambah pula duit syiling. Si adik hanya memerhati abang mengira duit. Bila tiket diperoleh di tangan, si adik melompat gembira. Dan saya menitis air mata.

Fikiran kembali berdrama. Mereka bermacam cerita di sebalik situasi sebentar tadi.

Saya tak suka melihat elderly makan berseorangan di food court atau mana2 tempat makan. Tangan terketar2 menyuap makanan, kadang2 tumpah di tepi bibir, kadang2 tumpah di atas meja atau tertumpah terkena baju. Di mana anak2nya? Pasangannya? Sedihnya jika saya di tempat mereka.

Hidup ini penuh dengan kesedihan dan kesengsaraan.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Saya penat dengar orang komplen. Lagi2 komplen seperti ini, "Kenapa aku masih takde bag Coach"


*mode sedih*

Monday, 1 February 2010

Tolong

Tolong jangan membuat sebarang aktiviti pembakaran (tak termasuk pembakaran ubat nyamuk) di pagi hari.

1. Orang dah jemur baju, siap guna d*wny, tetiba ada asap kelabu. Lepas tu, baju bau asap. Bencilar!!

2. Orang bukak tingkap luas2 sebab nak rasa kedinginan udara pagi, tetiba ada asap kelabu dan bau kurang best, paling benci bila bakar plastik.

Bongok lar orang macam ni!


~Entry emo.

Moving II

Membeli perabot.

Bukan mudah.

Lagi2 bagi orang yang kedekut macam saya. Dahla kedekut, cerewet pulak.
Contoh cerewet: Tak boleh settee warna gelap, nanti banyak nyamuk, takleh warna terlalu cerah, nanti cepat kotor, kusyen kena keras ada spring, kalau tak nanti cepat lendut, kalau ada spring, kena ada span, nanti duduk rasa spring je.. Ha, tu baru settee, belum lagi spec beli katil, tilam dll.. Kata kerja kat Bahagian Perolehan. Spec tu penting ;)

Kami bukan stok manusia "Biar papa asal glamorous", orang datang rumah kami akan rasa envy tengok perabot kami yang dibuat dari Itali berharga berpuluh ribu. (Dan berpuluh ribu hutang kad kredit.) Kami membeli ikut kemampuan kami. Perabot murah2, takpe, yang penting rumah tu bersih dan wangi.

Kami ke C*venzi Sungai Besi. Kekononnya C*venzi ni perabotnya pada harga yang boleh tahan. Perkara pertama saya tanya, kalau beli harini, bila boleh hantar.

"Akak, kalau beli harini, 24hb onwards baru boleh hantar"

"Berapa transportation fee?"

"RM110"

Gila mahal and and lembab. Harini baru 31 Jan. Lepastu, barang2 dia pun tak cantik. Flyers penipu. Tak letak tarikh validity, bila datang tanya, cakap promotion dah habis. Sebenarnya memang taktik korang cakap macam tu, supaya orang datang tanya promotion tu, diorang akan cakap dah habis or promotion produk tu dah habis tapi akan ada sesetangah yang ended up beli perabot lain bila dah masuk tengok.

Kami tak tertipu.

Kami ke C*venzi tepi T*sco Extra Selayang pulak. Sama je. Diorang ni dah diajar dialog yang sama.

Kami ke Wes*ourt. Wes*ourt pun standard Cavenzi juga. Ada yang cakap, Wes*ourt n C*venzi are under one roof. Kilang yang sama. Tapi barang dia jauh lagi murah dan kalau barang ada stock, boleh hantar hari Sabtu ni, transportation fee =RM60 atas apa2 barang, seberapa banyak barang pada mana2 area Klang Valley.

Pada keheningan petang itu, kami telah membeli katil, tilam, meja TV and small L-shape settee.

Abg bangla yang attend kami telah mengajar kami seperkara: Perabot di rumah yang perlu mahal dan berkuali ialah sofa dan tilam. Sebab 2 benda ni kita guna paling lama. Katil, atleast 5jam sehari. Sofa tengok tv, atleast 2jam sehari. Hmm, betul jugak. Dan selepas itu, dia promo tilam yang berharga RM1600 bagus untuk tulang belakang. Hahahaha

Saya suka tilam keras. Saya membesar dengan tilam sabut. Tilam sabut yang stiff as board. Memang boleh menulis atas tilam tu. Saya da biasa tidur atas permukaan yang keras. Tidur atas tanah masa camping, no hal. Memang boleh sweetdreams lagi. Nabi Muhammad juga tidur atas permukaan yang keras kan? Tilam yang lembik, tenggelam bila tidur itu kurang elok ye. Tak bagus untuk backbone.

Maka abg bangla promo plak tilam yang keras macam tilam sabut, tapi bukan sabut, better than sabut. (Dia cakaplah kan). Saya baring atas tilam tu, memang best lah. Lembut tapi keras. Dan harga dia, hmmm.. We settled for something less expensive.. Harap2 15tahun tak payah tukar tilam. hehehe


********


Apabila pergi ke kedai perabot, saya paling benci bila orang kedai tanye,

"Cari apa kak"

"Cari katil, settee, meja makan etc, etc, etc, yang tak berapa mahal"

Orang kedai pun bawak kita ke perabot yang tak berapa mahal tu.

Orang cerewet macam saya akan keluar statement yang tak la kuat sangat, sepatutnya hanya patut didengar oleh teman tapi didengar pulak oleh orang kedai perabot iaitu statement seperti ini "Kaki katil die kurus sangat"

Paling geram bila orang kedai jawab,

"Nak yang murah memang macam ni" dengan nada mengejek seolah2 saya ni miskin sangat.

&*(@ u! di dalam hati saya.

Saya hanya senyum, cakap terima kasih dan terus blah dari kedai itu, tak akan datang lagi seumur hidup saya.


********


Buat masa ini, rumah di Putrajaya hanya ada perabot TV atas lantai di ruang tamu dan 2 tilam single di bilik tidur.

Harap takde orang gatal2 nak datang :p

Moving

1 perkataan: Penat.

Selagi lagi bersyukur kerana telah mendapat training mengangkat barang2 dan membuat kerja dengan cepat dan tangkas semasa DPA dulu. Mungkin ini hikmahnya Allah tak beri saya rejeki untuk berbadan dua dan mengidam2 supaya saya dapat membantu suami secara lincah untuk mengangkat bundut2 bajunya yang banyak. (memang banyak). hehehe

Fridge kami terjatuh!

Kejadian semasa memunggah fridge oleh seorang pakcik, (suami kepada kenalan mama). Entah macam mana pakcik tidak nampak bendul dan terus menolak fridge dengan trolinya, lalu DUM yang sangat dahsat pada petang hari Sabtu. Fridge jatuh terlentang, pintu freezer terbukak.

"Alamak, pakcik betul2 tak nampak bendul ni"

Saya sedikit risau. Fridge tu memang dah season. Mama da pakai hampir 10tahun. Lalu diperturun untuk kegunaan anaknya ini. Tapi suami relax, seperti biasa. "Perkara dah berlalu, takde ape boleh ubah dah".

Ok, ok, saya juga cuba merelakskan diri.

Fridge diangkat cepat2.

Ingat ye kawan2, fridge tak boleh letak terlentang. Kalau udah terlentang, perlu diangkat cepat2. Kalau agak2 dah terlentang lebih 10min, jangan on kan dia, bagi lar masa dalam 4-5jam baru on. Ni pesan pakcik chef yang terer membuat roti dan pastries yang sedap2 masa saya practical attachment dulu.

Sebab fridge terlentang tak sampai 10min, sesampai di apartment kami, terus on nak tengok ada kerosakan. Alamak, fridge bawah tak sejuk.

Pakcik terus menerus mengucap, "Pakcik betul2 tak nampak bendul tu, warna tiles dia sama".

Ala, kesian pakcik, bukan pakcik sengaja nak jatuhkan fridge saya.

Bila hendak pulang, pakcik hanya nak amik RM20 je instead of RM100. Dia kata dia tak sedap hati sebab telah merosakkan fridge kami. Kami kata, esok kami akan datang, kalau fridge ok, nanti kami bagi baki yang perlu dibayar kepada pakcik.

Keesokan harinya, setelah berkali2 trip angkat barang2 Joe dari rumahnya ke kereta dengan tanpa bantuan sesiapa, kereta pun sudah penuh, kami ke Putrajaya.

Perkara pertama saya buat bila sampai, bukak fridge.

Alhamdulillah sangat2. Fridge elok2 sahaja!!! Ah, seronoknya..

Bersyukur sangat2 yang tak terhingga. Saya senyum sampai ke telinga kerana tak perlu baiki fridge, or worse, kena beli fridge baru.

*****

Semua kejadian itu datang dari Allah.. Kalau berlaku perkara yang tak dijangka, senyum saja. Bermasa muka pun tak dapat mengubah ape2.

p/s: Fridge tersebut jenama National yang mana sekarang adalah Panasonic. Barang National, rocks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...