Tuesday, 20 April 2010

Need Help

Joe and I will be going for a short vacation this May with Sis Yana+her husband, Bro Wan and Pa.

Unfortunately, Joe's department is having an event at national level immediately after our vacation.

Our tickets have been bought, everything is arranged accordingly but Joe might not be able to be there.

He may have to stay for the preparation.

So I need your help, yes you, to pray that if this vacation is best for him, hopefully his boss will approve his leave or the event is postponed to other date.

Thanx a bunch :)

Monday, 19 April 2010

Dull n boring

Two words to describe my life before I got married.

Not that dull n boring but slightly dull and boring. What am I talking?

Uni life was totally dull and boring. During my 2nd and final year, my hostel was the one outside UKM at Seksyen 1 near the night market.

None of my gang had car. Or bike. We traveled by bus...full of immigrants and getting those weird stares, very uncomfortable. So bus wasn't a good way to travel. Therefore, life back then was going back and forth to classes only. And a few outings to The Mines. I remember having this date with my coursemate watching a chinese movie and a ladies' day out watching Puteri Gunung Ledang.

After Uni, I dreamed of having a happening single working woman life like the one in FRIENDS. Or more logically, the one like Akmal's, Mala's and many others.

...Living with friends, night outings, vacation getaways, late night movies, "knowledge sharing" on weekends.

None. I've never experienced any of those. Maybe a few hang-outs with some girlfriends or series of dates with Joe on weekends. And that was all.

When I received my 1st posting, I was stationed in Putrajaya. I did express my wish to live with some friends near Putrajaya but the idea didn't seem to impress my parents. So, I stayed with the parents, 45km away from my workplace.

...And my parents are kinda conservative.

Unmarried daughters shouldn't be out later than 7pm. I remember Ma giving me a call me each time when I hadn't arrived home after 7pm.

So, if 7pm is considered late, should I mention night outings or late night movies then?

After all, I was so exhausted when I reached home after a 'long' drive from the office.

Date with Joe means, going out at 10am and MUST be home before 3pm. Later after 3 means silent treatment from the mother. Haha. 5-hour dating was considered long enough ok.

We don't have maid. So weekends mean, went to the market, cleaned the house, washed the clothes, tidied the lawn and window shopping with the mother.

Good daughter am I?

Hehehe..

I spent most of my times with my parents at home or watched Astro from dawn till dusk.

Pathetic?

A little bit. heh

I never gave much thought about it. Honestly, during that period of time, I accepted it just the way it was because I was raised that way.

Pa was and still is never a night person. He came home from work at 6pm, we had dinner at 7pm and at 9pm he went to sleep.

Ma never likes going out at night. She said, bad things are more likely to happened during the night. But I guessed, she was just too tired after a long day being a housewife.

And as for me, they were just being protective of their children. They have the right to do so.

Why am I thinking about this now?

It started when I read some of my friends' activities. I do feel a little bit envy because I never had the chance to do all those things.

But now I'm married, I rather spend my night time at home....with my husband. *wink*

I cant turn back time, so the least I can do is make what's the best for now.

Happiness is something you create from within yourself. Just because someone else feels happy doing it, doesn't mean you will too. So, find your own happiness :)

Wednesday, 14 April 2010

Walimatul Urus (Repost)

Sesuatu yang baik perlu dipanjang2kan.. Jangan malas baca bagi yang akan mendirikan rumah tangga.
Gambar hiasan :)

Repost dari blog Sab.

Walimatul Urus Antara Syariat dan Adat

Pendahuluan

Masyarakat Melayu sudah menganut agama Islam sejak 600 tahun dahulu. Menurut sejarah, Islam dianuti oleh sultan Melaka, dan menjadi ikutan kita. Oleh kerana Islam sudah lama bertapak di negara kita, adat-istiadat perkahwinan banyak mengikut syarak. Namun, wujud beberapa perkara yang menjadi tentangan golongan ulamak kerana dikatakan berasal dari India yang mempunyai hubungan yang agak intim dengan agama Hindu.

Kertas kerja ini merungkai sedikit sebanyak adat perkahwinan yang menurut Islam dan yang dikatakan menurut agama lain. Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada mereka yang ingin mendekatkan diri kepadanya.

Definisi Walimatul Urus dan Adat

Menurut perkataan walimatulurus berasal dari perkataan “Al-Walamu” yang memberi makna pertemuan. Dinamakan sedemikian kerana pihak lelaki dan perempuan bertemu sewaktu walimatulurus.
Manakala, menurut istilah, walimatulurus adalah makanan/hidangan yang disediakan sewaktu majlis perkahwinan.
Selain itu, walimatulurus juga didefinisikan sebagai kenduri bagi merayakan pengantin baru, dan walimah adalah suatu jamuan agama, bukanlah jamuan adat.

Definisi adat adalah suatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi.

Hukum Mengadakan Walimatulurus

Hukum mengadakan walimatulurus (iaitu menjemput orang ramai ke majlis walimatulurus) adalah sunat muakkad. Malahan, Rasulullah saw sendiri mengadakan walimatulurus.
  • Dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Lakukanlah walimah meskipun hanya dengan seekor kambing” (HR Muttafaqun alaih)


  • Dari Buraidah ra berkata bahwa ketika Ali bin Abi Thalib melamar Fatimah ra, Rasulullah SAW bersabda,”Setiap pernikahan itu harus ada walimahnya.” (HR. Ahmad)
Tujuan Mengadakan Walimatulurus
  • Mengikut Sunnah Rasulullah saw dan ajaran Islam.

  • Mengumumkan pernikahan pasangan yang baru berkahwin.

  • Menggembirakan pasangan yang baru berkahwin.

  • Sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.
Hukum Menghadiri Walimatulurus

Hukumnya wajib untuk menghadiri walimatulurus melainkan ada keuzuran.
  • Dari Ibnu Umar ra. Ia berkata : Rasulullah SAW. bersabda : “Jika diundang seseorang diantara kamu untuk walimah, maka wajiblah ia mendatangi atau memenuhinya”.


  • Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sejelek-jeleknya makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. HR Muslim & Baihaqi


  • Rasulullah bersabda, “Apabila seorang dari antara kamu diundang ke kenduri nikah, hendaklah ia datang. Maka, kalau ia berpuasa, hendaklah dia mendoakan, jika tidak, hendaklah ia makan”. HR. Abu Daud
Walaupun begitu, menurut ulama, hukum wajib untuk menghadiri walimatulurus adalah jika pihak yang mengundang membuat perkara berikut:
  • Menjemput pelbagai golongan dan tidak terhad kepada golongan yang kaya sahaja.

  • Tiada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi, majlis tari menari dan nyanyian yang melalaikan.

  • Tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan (ramai antara masyakarat kita yang mengajak rakan-rakan berbeza jantina dan berbual bersama mereka sewaktu walimah).

  • Tiada menggunakan peralatan makan dan minum yang diperbuat dari emas, perak atau sutera.
Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan kepada mereka yang ingin mengadakan walimatulurus

Walimatulurus adalah sunnah Rasulullah, dan Rasulullah pernah mengadakan walimatulurus pada bulan syawal sewakti berkahwin dengan Aishah ra. Maka, dianjurkan untuk mengadakan perkahwinan dan walimatulurus pada bulan syawal kerana Aishah ra menyukainya…
  • Dari Aisyah ra, katanya, “Rasulullah saw menikahi aku pada bulan Syawal, dan menggauli aku pada bulan Syawal (pada tahun-tahun berikutnya). Tiada isteri-isteri Rasulullah yang lebih beruntung berbanding denganku”. (HR Muslim)
Orang-orang yang diundang hendaklah orang-orang yang bertakwa, janganlah dari orang yang fasiq.
  • Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, “Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan seorang mukmin, dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertaqwa”. (HR. Ahmad dan dinilai hasan oleh Al-Albani).
Dibolehkan menyediakan bunyi-bunyian untuk memeriahkan majlis.
  • Rasulullah saw bersabda “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana di majlis perkahwinan itu.” (HR Ahmad dan At-Tirmizi)
Hiburan yang disediakan hendaklah sederhana dan sopan dan menggariskan hal seperti:
1)tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
2)nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu
3)tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap ALLAH
4) seni kata nyanyian tiada perkataan cabul ataupun lucah

Janganlah menjemput golongan kaya sahaja.
  • “Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sejelek-jeleknya makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. [HR Muslim & Baihaqi]
Jangan lupa menjemput kaum kerabat dan sahabat-sahabat untuk mengelakkan mereka berkecil hati.
Berniat untuk mengikut sunnah dan memberi kesenangan kepada rakan-rakan yang hadir. Walimatulurus bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan berfoya-foya.
Jangan mengangkat makanan sebelum tetamu habis makan.
Disunatkan menghantar tetamu ke muka pintu. Bermanis muka adalah tanda sifat terpuji.

Ada ulamak menyatakan walimatulurus diadakan selepas malam pertama, kerana Nabi saw tidak pernah mengadakan walimah sebelum malam pertama.
Walimatulurus juga jika boleh, diadakan di masjid.

Perkara yang dititikberatkan bagi tetamu

Memenuhi undangan dan janganlah terlambat.
Jika menerima undangan lebih dari satu, jika mempunyai kelapangan masa, bolehlah pergi ke semua tempat. Namun, jika tidak berkesempatan, boleh pergi ke tempat yang paling awal dan paling dekat antara semua jemputan tersebut.
  • Sabda Rasulullah saw, “Apabila bersamaan dua undangan, maka tunaikanlah undangan terdekat dan jika salah satu daripadanya ada yang lebih awal, maka pergilah ke tempat yang lebih awal itu”.
Hendaklah mendoakan pihak yang mengundang.
Tetamu hendaklah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengantin. Semoga kemaafan ini memberi berkat kepada perkahwinan mereka.

Perkara Bertentangan dalam Islam yang selalu dilakukan oleh orang Islam berbangsa Melayu

Menabur beras kunyit. Ini dikatakan bertujuan menguatkan semangat pasangan pengantin dan menghalau roh jahat.

Membaca jampi mentera dan menyediakan pulut kuning dan telur kepada semangat jahat dan diperasap. Ini bertujuan untuk memelihara majlis perkahwinan dari semangat jahat yang mungkin mengganggu majlis.

Persandingan. Persandingan dilarang kerana mempunyai unsur tabarruj iaitu diperhias untuk dipamerkan. Budaya tabarruj ini dilarang oleh Rasulullah. Walaupun begitu, jika pengantin perempuan begitu menginginkan majlis persandingan, dibolehkan dengan pihak yang menonton adalah ahli keluarga dan kaum hawa sahaja.

Perbelanjaan walimatulurus yang besar. Rasulullah hanya mengadakan walimatulurus dengan buah tamar dan keju. Ini kerana walimatulurus bertujuan menghebahkan tentang pengantin baru, bukannya untuk berhibur.

Kesimpulan

Mengadakan walimatulurus bukanlah suatu adat Melayu, tetapi suatu sunnah yang dituntut oleh Islam, yang sudah menjadi perkara biasa bagi perkahwinan orang Melayu.
Maka, orang Islam yang berkahwin mestilah teruja untuk mengadakan walimatulurus kerana padanya ada pahala. Namun, pihak pengantin perlulah betul-betul memahami perkara yang dibolehkan dan perkara yang tidak dibolehkan, supaya perkara yang haram dapat dielakkan. Justeru itu, perkahwinan yang baru dilangsungkan akan diberkati Allah swt.

Rujukan
Adnan Hasan Shalih Baharits, Tanggung jawab ayah terhadap anak laki-laki, Jakarta, Gema Ismani, 2005, hlmn 36.

Ahmad Salwat Lc, Seri Fiqih Kitab Nikah [Online] (Updated 2009) Available at: http://ebook.kuyokuyo.no-ip.info/_Ahmad%20Sarwat/nikah.doc [Last Accessed: # December 2009]

H.M.Sidin, Asal Usul Adat Resam Melayu, Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, hlmn 6.
Jiro Nakamura, Adat & Pantang Larang dalam Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Islam [Online](Updated 2007) Available at: http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/adat-dan-pantang-larang-dalam.html [Last Accessed: 3 December 2009]

Muhammad Ali Quthb, Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam, Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid, 1995, hlmn 196-200.

Mustafa Haji Daud, Perkahwinan Menurut Islam, Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors, 1995, hlmn 73-75.

Ngaji Salaf, Pernik-pernik Pernikahan [Online] (Updated 2007) Available at:http://ngajisalaf.wordpress.com/2007/07/06/pernik-pernik-pernikahan/ [Last Accessed: 3 December 2009]

Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Fatawa Qaradhawi: Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah, Batu Caves, Crescent News (K.L.) Sdn. Bhd., 2005.

Suzana Ghazali, Buatmu Wanita: sebagai anak, isteri… ketahui hakmu. Kuala Lumpur, 2009, hlmn 82-84.

Syaikh Abdulllah bin Abdul Aziz bin Baz, Etika Saat Bertamu [Online] (Updated 2007) Available at:http://jogjamuslim.blogspot.com/2007/08/etika-saat-bertamu.html [Last Accessed: 3 December 2009]

Wikipedia, Walimatulurus, [Online] (updated 2009) Available at:http://ms.wikipedia.org/wiki/Walimatulurus [Last Accessed: 3 December 2009]

Zul Ardhia, Tentang Pernikahan, [Online] (updated 2007) Available at:http://zulardhia.blog.friendster.com/2007/03/tentang-pernikahan/ [Last Accessed: 3 December 2009]

Assalamualaikum wbth… Post ini berkaitan dengan walimatulurus. Alhamdulillah, ramai yang sudah tahu benar dan arif tentang walimatulurus. Namun, LPP membawa hal ini kepada mereka-mereka yang tidak mengetahui. Merupakan salah satu dari kertas projek yang telah saya buat. Ianya tidaklah details, secara kasar sahaja… Diharap semua mendapat ilmu, rahmat dan hidayah dari Allah swt…

Hai, nama saya Suraya, saya orang Melayu.

Ini saya 22 tahun dulu. Ini gambar passport saya semasa hendak ke Kuching. Masa tu nak ke Kuching kena pakai passport. Tapi saya masih di bawah ibu saya. Ayah saya ditempatkan ke sana, maka saya tinggal di sana selama hampir 2 tahun.

Yer, saya tahu, sejibik muka amoi comel kan. heh
Siapa nak tahu muka Yaya Jr. macam mana, macam ni lar kot. Gene mata sepet tu dominan. Mesti kekal punyalah :)

Hujung tahun 1989, kami pindah ke Selayang. Darjah 1 saya masuk sekolah, darjah 2, pindah ke sekolah lain sebab dah beli rumah yang mana saya tinggal sekarang, darjah 3 pindah lagi ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah. Jadi saya merasa menjadi pelajar baru 2 kali.

Untuk 2 kali jadi pelajar baru tu, saya tak suka. Tak suka sebab kena memperkenal diri di depan kelas. Lepas tu, rakan2 di kelas tu akan berbisik2 mengumpat saya ni orang Cina ke orang Melayu.

Masa darjah 1, hari pertama masuk sekolah, kelas saya takde orang Cina. Sayalah budak Cina itu, memakai pinafore dan rambut ikat 2. Saya takde kawan. Stress, esok tu taknak pergi sekolah.

Darjah 2, hari pertama masuk sekolah, terkejut sebab saya je yang pakai pinafore, yang lain pakai baju kurung. Stress, esok tu tak nak pergi sekolah sebab takde baju kurung.

Darjah 3, hari pertama masuk sekolah, ramai pulak yang pakai pinafore, saya je yang pakai baju kurung. Budak baru, masih tiada kawan. Ada seorang budak perempuan ni tanya nama saya beberapa kali dan untuk kali ke berapa entah, saya tinggi suara, "Nama saya Suraya!" Lepas tu terus yang lain2 ingat saya garang. Stress juga, esok tak nak pergi sekolah. hee

Kawan2 bermula darjah 3 inilah masih kekal berhubung sehingga hari ini.

Siapa hebat, teka yang mana saya.

Masa zaman sekolah, kita nak cepat-cepat membesar. Bila dah dewasa, kita impikan untuk kembali ke zaman kanak2..

Habis, itu je nak cerita..

Kadang-kadang je rasa malas

Kekadang rasa malas kerja, terutama bila kerja banyak dan bos-bos mula emosi terganggu.

Kekadang rasa rajin pergi kerja, terutama bila gaduh dengan Joe dan harus ada gangguan supaya tidak sedih-sedih atau emosi terganggu. heh. Biasalar suami isteri gaduh2 manja.

Pagi semalam menonton rancangan di TV2 jam 6 pagi (kalau tak silap lar)

Sebuah rancangan motivasi. Pakar motivasi tersebut berkata, wanita perlu ada kerjaya. Atau dengan kata lain, wanita perlu ada sumber wang sendiri.

Memang seronok ada sumber wang sendiri.

Contohnya bila pergi ke Sogo terlihat kain cadar Cannon yang cantik tetapi berharga panas, suami kata taknak belikan. Maka minggu depan pergi ke Sogo dengan Mama tanpa suami, beli dan bayar guna duit sendiri.

Lagi seronok bila melihat duit gaji masuk di hujung bulan.

Lepas tu boleh ada kad kredit sendiri dan bukan supplementary suami.

Ah bahagianya :)

Tapi bagi yang tidak bekerja, bukanlah bermakna anda tidak bergaya. Anda cuma perlu bijak menyimpan duit yang diberi suami. Anda perlu ada akaun sendiri yang tidak diketahui orang lain nilainya kecuali diri anda dan seorang dua yang anda paling percaya. Duit itu anda mungkin perlukan sekiranya berlaku kecemasan seperti ditinggal suami yang gilakan perempuan lain yang sedang berkursus di bawah jagaannya. Nauzubillahi minzalik..

Tuesday, 13 April 2010

Berjalan kaki juga seperti membawa kereta

Anda sedang berjalan di pasar malam, tibe2 orang di depan anda berhenti mengejut, anda juga berhenti mengejut hampir2 melanggar dia. Rupa-rupanya orang tersebut tiba2 buat keputusan nak tengok menu di gerai makanan berhampiran. Dan berdiri statik di depan anda, enggan ke tepi. Anda pula yang terpaksa membelok untuk meneruskan perjalanan.

Geram tak bila berlaku begini?

Berjalan juga seperti membawa kereta, kalau tiba2 mahu tengok menu ke, betulkan tali kasut ke, anak anda tiba2 gatal kaki ke, sila ke tepi. Anda menghalang perjalanan. Sila bertolak ansur.

Tapi fikir2 balik, pemandu Malaysia nak belok pun tak bagi signal, inikan nak considerate bila berjalan.

Sekadar mengeluh di tengah hari.

Hari ini saya turun ke kafe E7 pada jam 1 setelah hampir 2 tahun tidak turun ke kafe itu pada jam 1. Punya la ramai manusia. Badan berbau nasi goreng. Rasa mahu pulang ke rumah dan tukar baju.. T___T

Selamat menjamu makan tengah hari semua!

Lebih kurang macam review kot

Semalam terpaksa, hehehehe, terpaksa ikut Joe pergi Hock Eng di Bangi. Maka, yey, tak perlu masak sebab sampai rumah pasti sudah jam 7.30 lebih.

Rasa mahu makan roti nan. Pergi lah ke kedai Ameer Ali yang dikatakan fames di Bangi ini. Roti nan kosong dia murah 30sen berbanding di P16. Ah, masa tu sudah gembira sebab lebih murah.

Orang ramai, kebanyakannya muka budak2 lelaki hingusan, tak UKM, budak KPTM tak pun budak UniKL. Dalam selitan budak lelaki hingusan itu, terjumpa pula budak Omzy. Hai Omzy.

Masa penungguan ialah 20minit untuk 3 keping roti dan 1 ketul ayam tandoori.

Tempat menunggu haruslah dekat dengan tauke kedai supaya dia sentiasa nampak wajah kami yang kebosanan menunggu makanan yang tidak kunjung tiba.

Sesampai di rumah, didapati roti nya lebih nipis dan tidak gebu. Kuah saderinya, berwarna hijau sehijau2nya. Bila makan memang konfem pening sehingga hari ini. Kuat sangat rasa pudinanya. (Saya tak berapa gemar yang terlalu kuat begitu) Lepas tu terjumpa pula rambut dalam kuah tersebut.. Euuueeeewww.. Ayamnya pula keras, liat dan tawar.

Kesimpulannya, saya lagi suka roti nan P16. Walaupun harga mahal 30sen untuk sekeping roti berbanding dengan Ameer Ali, rotinya gebu, kuahnya saderi nya tak terlalu kuat, lepas tu diberi juga kuah kari dan kuah dal.

Walau bagaimanapun, (echey, ayat surat) jam 4 hingga 7, adalah happy hour. 1 jug air untuk 4 orang berharga RM3 sahaja. Pilihan air yang aku cuma ingat: Sirap dan sirap bandung.

Monday, 12 April 2010

Bila yaya bengang

Saya masuk kerja jam 8, walaupun saya sampai pejabat sebelum jam 7.30, sebarang panggilan telefon sebelum jam 8, tidak akan dilayan.

Boleh tak camtu?

Rasanya macam tak boleh tapi saya cuba sedaya upaya membolehkan.. hehehehe

Friday, 9 April 2010

koo chak!

Sedih2 pun tak guna. Bak kata arwah Din Beramboi, sedih atau menangis tu takkan mengubah apa2 tapi hanya akan membuat orang di sekeliling kita rasa tak best.

Perkara dah lepas, tak boleh nak ubah. Kalau kamu tak suka saya, pindahkanlah saya. Saya juga sudah muak berada di situ. Kerusi saya tu, kalau boleh bercakap, mesti dia cakap, asyik2 b*nt*t pempuan ni, saya mahu b*nt*t pempuan lain pula. heh

******

Ada orang pernah komen, saya ni tak ramah dengan budak. Bukan budak besar, budak bayi-bayian. Ada ke perkataan itu?

Mereka kata, mesti saya tak biasa dengan bayi2. Sebab saya tak pernah dukung anak staf2 di pejabat. Cukup sekadar cubit pipi bayi tersebut dan blah begitu sahaja.

Dulu masa di sekolah, bila cikgu2 membawa anak semasa sukan sekolah atau hari kantin, semua gadis sibuk mendukung anak2 cikgu menunjukkan sifat keibuan yang tiada ternilai.

Asli ke berlakon saya tak tahu. Saya tak berminat. Saya lebih berminat melihat lelaki kesukaan saya beraksi di padang.

Bila di komen begitu, saya cuma bagi senyuman yang paling manis.

Huh, bayi..

Masa saya berumur 7 tahun, seorang bayi lelaki telah muncul dalam hidup saya. Masa tu saya agak bengang dengan kehadirannya kerana dia, ibu tidak dapat hantar saya ke sekolah pada hari pertama saya masuk darjah 1, kerana ibu sedang sarat. Gedik pula menggunakan perkataan ibu.

Pada waktu rehat, ibu bapa bertenggek menyuap makanan kepada anak2 darjah 1 di kantin, sedangkan saya rehat bersendirian makan roti telur penuh bawang besar dengan sos tomato sebab orang taknak kawan dengan saya kerana muka saya tak sama dengan mereka. huhuhu.

Tetapi, lama-kelamaan, saya jatuh cinta pada bayi itu. Saya la peneman ibu menjaga bayi itu waktu malam, menukar lampin, (zaman itu kami pakai lampin kain), bagi minum susu. Bila mandi, saya akan siapkan bajunya, lampinnya.

Bila bayi makin besar, masa ibu bapa perlu keluar tanpa budak itu, saya lah yang menjaganya. Bila dah masuk sekolah, sayalah yang teman dia pergi sekolah. Nasiblar tidak berlaku kejadian dia berak dalam seluar.

Kemudian, bila saya besar sikit, dapat pula anak buah. Dengan pengalaman menjaga bayi yang mantap dulu, menjaga anak buah adalah kacang butir.

Siapa kata saya tak biasa dengan bayi?

Saya cuma tak nak beramah2 dengan bayi orang lain. Tapi kalau bayi itu anak2 buah saya yang ada kaitan dengan saya, saya akan menunjukkan sifat keibuan yang tidak ternilai..

Dan bila anak itu anak sendiri, apetah lagi kan?

Hannah, Hariz dan Shaqil


Joe dengan Baby Hanie

Second quarter

Picture taken from this website. I'm entering the second quarter in 17days. Wow, can't believe I'm that old now. *weep*

Wasiat

Bukan sahaja untuk orang tua yang rasa umurnya tidak panjang atau untuk orang kaya2. Kita yang masih muda (echeh) dan tidak berapa ada harta pun perlu ada wasiat.

Dulu saya pernah buat surat wasiat. Diletakkan di bawah bantal.

Dilahirkan dalam keluarga yang ramai adik-beradik memberi saya peluang untuk buat hal sendiri dan dapat menonton televisyen dengan bahagianya tanpa halangan.

Setelah menonton satu rancangan ini, saya dan Sis Yanti pun teringin untuk membuat yang sama. Jadi kami buat surat wasiat kami sendiri hanya boleh dibaca bila kami tiada lagi di dunia ini. Chey, masa ini dah tau ajal itu tak mengenal usia.

Surat wasiat kami ringkas. Hanya 1 untuk keluarga kesayangan. Menceritakan perasaan kami dan barang2 kesayangan kami perlu disimpan dimana bila kami sudah tiada nanti. Dan surat wasiat ini kami renew setiap 1 bulan. Rajin bukan. Nampak sangat saya ini budak malas belajar, suka menonton televisyen dan berimaginasi sahaja.

Saya rasa, semua orang perlu ada surat wasiat. Dituju khas untuk orang2 yang bermakna dalam hidup kita. Seperti dalam cerita P.S. I Love U.

Saya sangat suka cerita itu. Yaya memang suka cerita2 romantik yang ada mati2, menonton sehingga menangis dan hidung tersumbat. Siapa berani sila lar nonton movie Korea Windstruck, Sad Movie atau A Moment to Remember.

Saya mahu kembali membuat surat wasiat saya. Yang mana saya rasa ia juga membuat saya ingat bahawa ajal itu boleh datang bila2 masa. Maka saya perlu menghargai masa yang ada dan dipenuhi dengan perkara yang bermakna dan bekalan akhirat.

Dimulai dengan,

"Dear Abg Pjg, .....

Picture taken from this page.

Wednesday, 7 April 2010

Kenapa perlu cepat

Ini dari kaca mata saya, kenapa pasangan yang sudah berkahwin perlu ada anak cepat. Sebab2 sampingan saja.. Kebaikan kepada isteri :)

Bila dah berkahwin, kita akan ada keluarga baru. Keluarga yang kita kurang biasa. Bagi yang susah hendak ramah bila berjumpa saudara mara suami hanya beberapa kali setahun, kadang2 memang kebuntuan nak cerita apa.

Jadi, pada masa inilah kita perlukan sesuatu subjek untuk bercerita atau sebagai distraction.

Mangsanya ialah anak.

Selalunya saya tengok, lagi ramai anak, lagi banyak topik boleh cerita.

Anak saya suka itu.... anak saya suka ini ......
Saya beli baju anak di sini, anak saya minum susu itu sebab.....
Semalam dia lompat katil, jatuh, dah bawa pergi jumpa doktor, doktor cakap ini.....


Tengok? Betul tak?

Lagi best, bile ade kenduri ke bagai, ada anak kecil, kita akan dikecualikan untuk membuat persiapan kerana perlu jaga anak. Wahh, heaven :) (Tengok ini adalah contoh isteri yang dibesarkan dengan perkataan catering selepas perkataan kenduri)

Bila anak sudah dewasa, kita juga dah jadi lebih matang dan kemakcik2an. Tak perlu lagi anak sebagai topik cerita. Masa ini, akan keluar lah soalan seperti seperti Haritu SPM, anak awak dapat berapa A?

Pffffttt

8 itu nombor untung

Ada apa pada nombor? Takde ape. Tapi ma saya pesan, jika mahu beli kereta baru, jangan ambil no plat yang ada no.4. Bukan kerana kepercayaan yang no.4 itu bermaksud mati, tapi sebab nanti susah nak jual kepada golongan yang mempercayai bahawa no.4 itu nombor malang.

Setiap aset yang kita beli adalah investment walaupun kereta itu suatu liabiliti.

Owh, sudah lama tak gune perkataan liabiliti. Terakhir belajar pasal liabiliti adalah masa subjek Kemahiran Hidup tingkatan 3.

Anyway, selamat Ulangbulan ke8 kepada kami. Masih tiada hasil. Sudah mula risau. Dan juga rase jeles kepada rakan sepejabat yang baru mendirikan rumah tangga Januari lalu sudah mula wekwek di pejabat.

Pertama, saya salahkan pil horsetail yang saya ambil tu. hehehe

Kedua, mungkin kerana stress. Stress kerja dan juga stress lain2.

Geng2 ibu sudah mula cerita yang takut2 pada saya. Salah satunya, mungkin kejadian accident 2tahun lepas telah melemahkan rahim saya untuk proses penempelan. Perlu pergi urut segera kata mereka.

Baik!

Harapan untuk menjadi ibu pada usia 26 hancur berkecai. Jika ada rezeki, diharap dapat menjadi ibu pada usia 27. Sama usia kakak ke2 dan ke3 saya menjadi ibu.

Ma pula akan bermastautin di Leeds menjaga Hannah dan Haris sehingga bulan Ramadhan. Waaaa, saya akan merindui belaian kasih ibu selama 5 bulan. Tidak sempat menyambut ulangtahun saya yang ke 26, 26 April ini bersama ibu tercinta. T_______T Ma, saya mahu hadiah mahal dari UK tau ;)

Minggu lepas, selesai sudah AGM KESKEB bahagian saya. Lega bila dapat lepaskan jawatan. Tahun lepas, aktiviti Biro Kebajikan dan Sosial agak terbengkalai sehingga tumbuh lalang2 setinggi pinggang. Menanggung kerja 3 kali selama 8 bulan antara puncanya. Echeh, alasan.

Gambar hiasan

Geng AJK dilantik kebanyakannya dari staf sokongan. Dan ketua biro ehem lah yang paling aktif setakat ini. Tak sampai 4hari bekerja sejak AGM, semalam sudah ada penjualan barang. Oooo, baru tau kenapa kamu begitu terdesak mahupun jawatan itu. Rupenya sudah tidak sabar berniaga di atas lesen KESKEB.

Tapi minta maaf lah, pegawai di bilik 3 dari depan ni susah betul mahu beli barang2 dijual oleh staf. Bukan tidak mahu menyokong, tapi saya rasakan harganya melambung2 tinggi. Yang mana saya boleh beli dengan harga jauh lebih murah di luar.

Dan 1 lagi, sila bagi sampel semasa penjualan barang makan. Kalau sedap, memang mudah mendapat sambutan.

*****

Posmen dan kerani posmen akan dapat kenaikan gaji. Urusan pos surat juga sudah pasti akan naik. It's about time. Rasenye sejak saya tahu menulis surat dan mengepos surat memang 30sen lah harga setem. Nasib baik dah kahwin. Kalau tak, hantar 1 kad kahwin harga setem 60sen, dah sama harga dengan kad T______T

Friday, 2 April 2010

Review - Neutrogena Hydro Boost Clear Lotion

I've been using variety brand of moisturisers (which I can afford with my monthly pay) for my extremely oily, acne prone skin. None is suitable, mostly gave me that shiny effect after 2 hours. Until I tried this one.

It acts as toner and moisturiser.

Wet cotton ball with this clear lotion and gently smooth over face. (I'm not good in writing review.) I've been using it for almost 3 weeks. I just love how it quickly absorb into the skin and moisturise my skin.

It has a very soft smell that wears off after a few minutes.

For those who have the same problem as I am (and cant afford to buy the expensive brand), this may be a product worth trying. Bought it at RM25 (if I'm not mistaken) for 150ml.

Wednesday, 31 March 2010

Must read

I had tears reading this.. Repost from my sister's friend Facebook notes

BEING A MOTHER....

After 17 years of marriage, my wife wanted me to take another woman out to dinner and a movie. She said, 'I love you, but I know this other woman loves you and would love to spend some time with you.'

The other woman that my wife wanted me to visit was my MOTHER, who has been alone for 20 years, but the demands of my work and my two boys had made it possible to visit her only occasionally.

That night I called to invite her to go out for dinner and a movie.

'What's wrong, aren't you well,' she asked?

My mother is the type of woman who suspects that a late night call or a surprise invitation is a sign of bad news.

'I thought it would be pleasant to spend some time with you,' I responded. 'Just the two of us.' She thought about it for a moment, and then said, 'I would like that very much..'

That Friday after work, as I drove over to pick her up I was a bit nervous. When I arrived at her house, I noticed that she, too, seemed to be nervous about our date. She waited in the door. She had curled her hair and was wearing the dress that she had worn to celebrate her last birthday on November 19th.

She smiled from a face that was as radiant as an angel's. 'I told my friends that I was going to go out with my son, and they were impressed,' she said, as she got into that new white van. 'They can't wait to hear about our date'.

We went to a restaurant that, although not elegant, was very nice and cozy. My mother took my arm as if she were the First Lady. After we sat down, I had to read the menu. Her eyes could only read large print. Half way through the entries, I lifted my eyes and saw Mom sitting there staring at me. A nostalgic smile was on her lips. 'It was I who used to have to read the menu when you were small,' she said. 'Then it's time that you relax and let me return the favor,' I responded.

During the dinner, we had an agreeable conversation- -nothing extraordinary but catching up on recent events of each other's life. We talked so much that we missed the movie.

As we arrived at her house later, she said, 'I'll go out with you again, but only if you let me invite you.' I agreed.

'How was your dinner date ?' asked my wife when I got home.
'Very nice. Much more so than I could have imagineed,' I answered.

A few days later, my mother died of a massive heart attack. It happened so suddenly that I didn't have a chance to do anything for her.

Some time later, I received an envelope with a copy of a restaurant receipt from the same place mother and I had dined. An attached note said:
'I paid this bill in advance. I wasn't sure that I could be there; but nevertheless, I paid for two plates - one for you and the other for your wife. You will never know what that night meant for me. I love you, son..'

At that moment, I understood the importance of saying in time: 'I LOVE YOU' and to give our loved ones the time that they deserve.. Nothing in life is more important than your family. Give them the time they deserve, because these things cannot be put off till 'some other time.'

SOMEBODY said it takes about six weeks to get back to normal after you've had a baby..... SOMEBODY doesn't know that once you're a mother, 'normal' is history.

SOMEBODY said you learn how to be a mother by instinct... SOMEBODY never took a three-year-old shopping.

SOMEBODY said being a mother is boring.... SOMEBODY never rode in a car driven by a teenager with a driver's permit.

SOMEBODY said if you're a 'good' mother, your child will 'turn out good'.... SOMEBODY thinks a child comes with directions and a guarantee.

SOMEBODY said you don't need an education to be a mother.... SOMEBODY never helped a fourth grader with his math.

SOMEBODY said you can't love the second child as much as you love the first.... SOMEBODY doesn't have two children.

SOMEBODY said the hardest part of being a mother is labor and delivery.... SOMEBODY never watched her 'baby' get on the bus for the first day of kindergarten or on a plane headed for military 'boot camp.'

SOMEBODY said a mother can stop worrying after her child gets married.... SOMEBODY doesn't know that marriage adds a new son or daughter-in-law to a mother's heartstrings.

SOMEBODY said a mother's job is done when her last child leaves home...... SOMEBODY never had grandchildren.

SOMEBODY said your mother knows you love her, so you don't need to tell her.... SOMEBODY isn't a mother.

Pass this along to all the 'mothers' in your life and to everyone who ever had a mother. This isn't just about being a mother; it's about appreciating the people in your life while you have them....no matter who that person is.

Ma, I love u so much..

Mari main click2..

Siapa nak kira ideal weight dia, click sini.

Siapa malas nak kira sendiri pounds ke kilograms, click sini.

Tak tahu berapa tinggi anda? Tak dapat nak menolong, sila pergi ke pusat beli-belah, bayar 50sen pada mesin lampu2 yang ukur tinggi dan berat tu.

Nak kira lemak, click pula sini.

Kesimpulannya saya ni tidak lar gemuk. Dah tau dah lame dulu. BMI saya normal. (Yang tak normal tu suami saya. heh. Underweight yang melampau ;) Oh, mau kira BMI pula? Click la sini.

Puas sudah main click2?

Horsetail herbs

I suffered major hair loss since I started working. Last year, after DPA, I consulted our regular pharmacist which supplement is good for hair growth.

She recommended me horsetail herb, to be taken with Revicon multivitamin.

It works. Less hair loss and more baby hair growing.

So, I continued taking the same supplement until now. Little that I know that horsetail herb is not recommended for women who are planning to get pregnant or for those who are pregnant and breastfeeding.

T_________T

(Ape ni budak nutrition pun tak tau.)

I have not practised nutrition for almost 4 years. Only debris of nutrition facts remain intact in my head. And science of food keeps updating everyday.

For more herbs to avoid during pregnancy or planning to get pregnant and breastfeeding, click here. And here's some fact on med and food to be avoided when trying to get pregnant.

For more info, just google it in the internet, jangan malas :p

*********

Selain daripada amalan2 sebagai persediaan untuk hamil, perlu juga persediaan dari segi diri sendiri. Amalan2 wajib mesti ditingkatkan. Bayangkanlah kalau nak jadi ibu atau bapa tapi perangai diri sendiri pun kelam kelibut. Solat ikut suka. Pergi kerja, mengulat. Dengan perangai begini nak mendidik seorang manusia lain?

Jadi, saya berdoa, sekiranya Allah rasa kami sudah bersedia untuk menjadi ibubapa, kurniakanlah kami zuriat. Dan sekiranya belum tiba masanya, kami akan sentiasa berusaha supaya menjadi umat yang terbaik.

Saya sentiasa teringat kisah di zaman Nabi pasal seorang gembala kambing yang miskin ni. Tak pernah dengar? Meh saya cerita secara ringkas. Kalau silap, sila betulkan.

Gembala kambing ni miskin, kambingnya sikit. Tapi gembala ini solat jemaahnya tak pernah tinggal. Hidupnya cukup2 makan, tidak mewah tetapi sangat taat kepada perintah Allah. Setiap hari, dia akan minta supaya dia jadi kaya. Maka Allah pun perkenankan doanya.

Kambingnya pun makin banyak dan dia pun semakin sibuk uruskan kambing2nya. Mula2, dia semakin kurang berjemaah, lepas tu tak berjemaah langsung dan akhirnya dia tidak solat pula. Kesudahannya, saya tak ingat. Sila sambung bagi yang tau :p

Apa yang ingin saya katakan di sini, pasti ada sebab Allah tidak beri kita sesuatu.

Kenapa tak beri saya suami jutawan? Mungkin nanti saya berhenti berkhidmat untuk kerajaan dan menghabiskan waktu senggang di salon kecantikan bergosip. Kerja itu kan satu ibadat. Dah kurang pahala saya dan bertambah pula dosa mengumpat.

Kenapa tak bagi saya peha kurus seperti model2 walaupun telah bersenam secara giler dulu? Mungkin nanti saya pakai tight jeans dan baju pendek yang nampak susuk tubuh sebab nampak macam cantik je pakai macam tu. (Heh. sempat lagi tu.)

Contoh...

Jadi, kurangkanlah soalan kenapa Allah tidak perkenankan doa anda. Pasti ada sebabnya, kan? Allah knows best :)

Tuesday, 30 March 2010

Saya terbeli....

3 bekas T*pperware..

Semalam, sementara meneman puan saya habis solat asar sebab kami 2orang terakhir di pejabat, saya telah menyelak catalog T*pperware yang tersadai di meja PT saya.

Muka pertama, menarik bekas ni.

Muka kedua, ni lagi cantik.

Muka ketiga, ni sesuai untuk letak cereal.

Muka keempat, kelima, keenam................ Saya rasa macam mau beli semua...

T*pperware di rumah Ma adalah jauh lebih tua dari umur saya. Masih kukuh memastikan makanan yang tersimpan tidak masuk angin.

Dulu brand ini boring. Warna putih lutsinar. Tak pun bekas dia putih, penutup dia merah.

Sekarang ini, warna2 ceria. Hijau, oren, kuning, biru.

Salah satu hadiah kahwin kami, diberi 2 set (1 set 4 bekas). Mula2 ingat jenama cap ayam. Rupenye jenama jaminan seumur hidup. Saya suka. Terus mahu mencari koleksi yang lain. Lalu mula merasa diri ini macam makcik2.

Saya mengamalkan dasar membeli alatan dapur yang berkualiti supaya tahan lama dan dapat mengurang penyumbangan sampah di dunia di samping suka melihat susunan bekas2 dari koleksi yang sama di dalam almari dan peti ais. Memang sanggup tidak beli baju atau kasut setiap bulan demi menyimpan wang untuk membeli set pinggan Co*elle atau Kit*chenAid Mixer.

Ok, perlu berhenti sekarang supaya tidak menjadi semakin makcik2.

Akhir kata,

How do you find your food?

Met a very interesting person during lunch. Since there were 2 extra chairs and he's alone, so he asked whether he could sit with us for him to finish his coffee.

He's a doctor who uses a yellow screen N*kia phone. When he talked, I can stay there listening for hours. Like when my lecturer, Prof Salam are talking about food processing. 4 hours lecture per week ain't enough for me. I just love listening to anyone's experiences in food industry.

Oh, my..

I miss doing food thingy..

I miss the food lab.

I miss using HPLC.

I miss wearing my lab coat, the petri dish, the smell of Micro Lab..

Anyway, back to that person, he asked Joe about the food. Joe said it's fine.

Then he started telling us about vegies. On how contaminated the vegies are.

He made several tests on himself, his rabbit and his fish.

He gave this particular vegetable bought from this particular market to the rabbit and the fish. Just that vegetable and no other. A few months later, the fish died and the rabbit miscarried a few times.

Then, he noticed he suffered from migraine quite often. Then he realised, during that period of time, he often helped the wife washed the vegetables. But when he quit doing it, the migraine stopped. We're affected by washing the vegies alone.

He followed a group of researchers to test the pesticides level of contamination on vegetables at this wet market and not surprising, 90% is contaminated above the level allowed in Malaysia's Food Act 1983 plus uncontrolled use of Formaldehyde in fishes.

Pa once told me, if you went to Cameron Highlands, you will see those farmers plant a separate piece of land of vegetable for their consumption. And these vegetables are usually much smaller and less greener compare to the one you bought from them.

The food industry in Malaysia is totally out of hand. Because of rampant corruption? I dare not say. In strict countries like Australia and Singapore, foods are not allowed to come in unless they pass several food tests at the port. If the tests fail, then off the foods back to the shore regardless they have traveled thousands nautical.

Organic food?

True, they don't use pesticides or whatsoever when they plant them. But how about the land surrounded the organic plant area. When it rains, the soil is a lil bit affected with the soil that uses pesticides.

Have you ever been in a soy sauce factory? Aaa, I lost interest in soy sauce the moment I set eyes on that place.

If vegies are so contaminated right now because of the weak enforcement, should we plant our own vegies? Oh well, land is limited.

Can we survive on supplementary pills as replacement for vegies? Hmmm.. More research need to be done.

So, how do you find your food?

Sunday, 28 March 2010

Just for an hour..

Earth Hour 2010 - 8.30-9.30, 27 March 2010

Tahun ini menyambut Earth Hour bersama mama sahaja.

Rancangannya mahu menyambut di Putrajaya, hanya kami berdua bergelapan di rumah kami bermandikan cahaya lilin. Tapi kita merancang, Allah menentukan. Tahun hadapan ada lagi, jika umur masih panjang. InshaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...