Takut saya tengok dengan perkembangan remaja zaman sekarang. Dengan pakaian yang entah ape2, percakapan yang kedengaran macam ala2 poyo, gadget canggih yang mereka ada mengalahkan saya yang dah bekerja 3 tahun ini dan makan di tempat2 mahal.
Mewahnye mereka ini, saya terdetik...
Masa zaman dulu-dulu, zaman saya seorang remaja sekolah menengah yang tidaklah terlalu memberontak, saya pernah tanya mak saya, "Kenapa duit belanja Yaya RM1 je sehari (sehingga Form 5) walaupun rumah kita rumah batu. Rumah kawan Yaya rumah papan je tapi duit belanja diorang RM50 seminggu"
Mak pun jawab sebab saya diberi makan yang cukup sebelum dan selepas sekolah kerana ada mak yang tidak bekerja. Parents kawan-kawan saya tu sibuk, tak dapat prepare makanan breakfast n lunch.
Jawapan tersebut sudah tentulah tak memberi kepuasan kepada diri ini.
Lagi tensen bila mereka boleh keluar bersuka ria sejauh Lot 10 dan saya hanya boleh keluar setakat Selayang Mall. Selain tidak diberi kebenaran untuk keluar sendiri sehingga Form 5 kecuali untuk pergi tuisyen Kasturi, saya juga tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bersuka ria seperti menonton wayang. Duit raya semua wajib masuk bank. Tambahan pula, saya berasa malu sebab pakaian saya tidak berjenama dibandingkan dengan kawan-kawan lain.
Di zaman Matrikulasi, saya ditempatkan di kolej yang majoriti daripada student KL di situ adalah anak orang kaya-kaya. Budak sekolah S*bang, Sri A**n, As**nta etc, etc. Mereka kaya, mereka cantik maka mereka glamer.
Di loker saya ada mee segera berharga RM1.99, di loker mereka ada instant macaroni and cheese, di loker saya ada biskut hup seng gula, di loker mereka ada Or*o. Saya berjalan kaki pergi dan balik dari asrama ke kelas dari awal semester hingga tamat matrix, mereka mula menaiki kereta mereka sendiri di penghujung matrix.
Saya hidup dengan duit belanja tajaan KPM bernilai RM1000 setahun, manalah saya mampu untuk bermewah2. Masa itu, mak saya sedang mengajar saya supaya hidup dengan duit sendiri. Dan saya survived tanpa perlu menjadi kupu-kupu malam untuk membeli barangan berjenama semata untuk mengejar keglameran.
Remaja.. Semuanya dipandang dari segi material. Termasuklah saya suatu ketika dulu.
***
Masa zaman dulu-dulu, zaman saya seorang remaja yang tidaklah terlalu memberontak, saya segan dengan kawan-kawan saya yang cantik. Sebab: mereka ini ramai peminat dan amazingly mereka ini sangat berkeyakinan.
Dan saya hanyalah budak perempuan mata sepet bertudung yang nerd serta saya tidak pandai bersukan kecuali chess (sangat geeky). 1 point down.
Ditambah pula takde baju cun bila ada aktiviti hari Sabtu di sekolah. Dan saya ingat lagi, kawan2 saya ketika itu hampir semuanya pakai kasut sukan N*w Ballance. Oh, saya sungguh cemburu!
Hidup saya hanya lah sekitar pergi sekolah, balik sekolah, buat kerja sekolah, jaga Bro Wan, menonton televisyen dan mendengar lagu Silverchair serta meminati David Beckham sebab dia handsome. Sungguh pathetic.
Oh lupa, saya ada boifren yang hensem di kala itu. Semata sebab sumorang ada boifren/gefren. Tapi sebab kami tak sama wavelength, kami tak banyak persamaan untuk berborak, tak boleh pergi ngedate sebab mak saya garang maka kami hanya sekadar menumpang kepopularitian masing2.
Dia terkenal sebab hensem dan pandai bersukan, saya adalah EXCO pengawas dan juga pelajar terbaik akademik. Cikgu2 pun pelik kami berpacaran.
Saya rasa tak best pada ketika itu, tidak sabar untuk keluar dari dunia remaja.
***
Selepas matrix, saya mahu sangat2 menjadi seorang Pharmacist. Walaupun pointer boleh dikatakan cemerlang (echeh) tapi masih tidak layak. Memasuki IPTS is totally out of the question sebab tuition fees sangat mahal.
Kawan2 saya yang kaya, walaupun CGPA tak sampai 3.0, yang hanya ditawarkan course Perhutanan atau Perkayuan di IPTA masih mampu pergi ke luar negara semata untuk mengejar cita-cita menjadi seorang doktor sebab mereka ada ibu bapa yang kaya. Ada yang dapat biasiswa kerajaan walaupun rumah ada swimming pool besar. (Yang ni saya pelik la kan)
Jeles saya melihat gambar2 mereka melancong di sana sini di samping mengejar cita2 glamer menjadi seorang doktor.
Lepas tu bila balik Malaysia, kena buat servis wajib 5 tahun, mula merengek. Baru jadi Houseman 2 bulan, sudah mula letak status di FB, "Kenapa orang lain ada life dan aku takde life" or lagi satu "Saya mula benci dengan kehidupan saya yang kena bekerja di hari minggu". Oh please lah! Saya rasa macam nak sepuk kepala diorang ni ah. Tak da siapa paksa kamu semua jadi doktor. Dan bukannya kamu tidak tahu kehidupan doktor tu macam mana (Perenggan di atas adalah selingan luahan rasa geram)
Kesimpulannya, zaman dulu-dulu, saya kurang sikit dengan orang kaya yang cantik, orang kaya (atau berlagak kaya) atau orang cantik (walaupun tidak kaya) sebab saya cemburu.
Semuanya kerana material dan glamer.
Alhamdulillah saya terselamat dari sebarang unsur negatif, dan berjaya menjadi seorang pegawai kerajaan. Walaupun gajinya tidak mewah, tapi saya cukup makan pakai. (dan saya ada kuasa, boleh marah syarikat konsesi sesuka hati serta cuti rehat 30 hari setahun. Selingan semata)
Saya bersyukur punya ibu bapa minda kelas pertama yang bijak mengalihkan pandangan kami daripada menuju ke arah dunia hedonisme dan material.
Sekarang, saya berada di tahap semua itu tidak penting. Dunia kejar-mengejar siapa pakai barang paling berjenama atau kereta paling mahal tak lagi saya hiraukan. Saya ada kerja yang hebat, suami yang paling best di dunia dan keluarga yang sporting.
Dan saya terus berdoa bila saya punya anak remaja nanti, saya takkan lupa bagaimana saya pernah rasa pada ketika itu dan berupaya mendidik mereka supaya mereka tidak tergoda dengan dunia material kerana dunia remaja mereka tentunya lebih mencabar daripada apa yang pernah saya lalui dulu. InshaAllah.